http://www.emailcashpro.com

21 April 2011

Handphone 3D



Terfikir ka nak lihat video 3d dalam handphone? Nampaknya LG Optimus 3D telah mendahului gergasi handphone yang lain dengan memperkenalkan handphone yang ada keupayaan menangkap dan melihat imej dalam bentuk 3D. Ia dilengkapi dengan 2 lensa kamera di belakang handphone yang berfungsi menangkap dua imej untuk satu pemandangan dan dimainkan secara serentak dalam skrin 3D. Skrin LG Optimus 3D dilitupi dengan material yang sama digunakan dalam skrin tv atau sinema 3D. Paling hebat ia boleh merekod video 3D dan dimainkan dalam handphone tanpa perlu guna kacamata 3D. Fuhh...nampaknya sinema 3D dah boleh dibawa ke mana-mana.


05 December 2010

Nokia Concept Phone


Satu lagi idea terbaru daripada pengeluar handphone terbesar dunia, Nokia...Nokia Kinetic. Seorang pereka dari Britain, Jeremy Innes-Hopkins telah mereka satu concept phone yang dinamakan Nokia Kinetic.


Nampak gambar memang lawa. Tapi pada konsepnya ia lebih daripada itu. Menurut Jeremy, Nokia Kinetic boleh dikatakan handphone ajaib di mana ia menggunakan pergerakan kinetik untuk membuat panggilan, sms dan email.

Elektromagnet di bawah handphone membolehkan beratnya dialihkan dan boleh membuatkan ia berdiri. Jika tidak mahu menerima panggilan atau menutup alarm, hanya perlu sentuh sikit dan ia akan kembali kepada mod standby. Lebih mudah ia boleh membuat panggilan video dalam keadaan ia berdiri tanpa perlu memegangnya.

Jeremy cuba menghasilkan handphone yang seronok seolah sedang bermain dengan alat permainan. Memang inilah konsep asal Nokia iaitu menghasilkan handpone yang menyeronokkan dan menyenangkan kepada penggunanya. Cuma tak tahu bila ia akan berada di pasaran.

Sumber : http://www.jeremyinneshopkins.com




 

Review Produk Power Di Internet Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha