http://www.emailcashpro.com

21 April 2011

Cara buang virus yang degil

Posted On 1:18 PM by Abu Bakar 2 comments

Ada juga virus yang degil yang dah lama bersarang dalam pc yang susah nak dibuang walaupun dah cuba berkali-kali untuk delete file tersebut namun tidak berjaya (tidak boleh delete / telah delete namun muncul lagi).Mungkin boleh cuba cara ni untuk buang file yang dah kena jangkit :

1. Pastikan ia benar-benar file virus dengan melakukan file scan secara online di http://virusscan.jotti.org/en
2. Browse file tersebut dan submit. Jika virus….
3. Restart komputer anda dan mula menekan kekunci F8 di keyboard anda.
4. Apabila Windows Advanced Options menu dipapar pilih opsyen, dan tekan ENTER.
5. Apabila Boot menu dipapar lagi, dan perkataan “Safe Mode” dipapar, pilih dan tekan ENTER.
6. Biarkan window anda load dalam “Safe Mode”.
7. Buka folder yang mengandungi file virus tadi. (Gunakan Search jika tak jumpa file tadi) Buat unhidden utk folder options.
8. Klik kanan dan delete file tersebut.
9. Restart komputer anda dan masuk ke normal mode.
Nota: Didalam “Safe Mode” hanya proses-proses utama akan dijalankan dan ini memberi peluang kepada anda untuk delete file-file yang tidak perlu.

Banyak lagi teknik-teknik komputer yang anda boleh belajar seperti hacking, keselamatan komputer, cara nak crack password wireless dalam komputer, nak lajukan internet dengan mudah dan free serta macam-macam lagi. Kalau nak tahu semua teknik tentang komputer boleh download di sini http://vur.me/s/mahir


Handphone 3D

Posted On 1:49 AM by Abu Bakar 1 comments


Terfikir ka nak lihat video 3d dalam handphone? Nampaknya LG Optimus 3D telah mendahului gergasi handphone yang lain dengan memperkenalkan handphone yang ada keupayaan menangkap dan melihat imej dalam bentuk 3D. Ia dilengkapi dengan 2 lensa kamera di belakang handphone yang berfungsi menangkap dua imej untuk satu pemandangan dan dimainkan secara serentak dalam skrin 3D. Skrin LG Optimus 3D dilitupi dengan material yang sama digunakan dalam skrin tv atau sinema 3D. Paling hebat ia boleh merekod video 3D dan dimainkan dalam handphone tanpa perlu guna kacamata 3D. Fuhh...nampaknya sinema 3D dah boleh dibawa ke mana-mana.


05 December 2010

Nokia Concept Phone

Posted On 4:59 PM by Abu Bakar 1 comments

Satu lagi idea terbaru daripada pengeluar handphone terbesar dunia, Nokia...Nokia Kinetic. Seorang pereka dari Britain, Jeremy Innes-Hopkins telah mereka satu concept phone yang dinamakan Nokia Kinetic.


Nampak gambar memang lawa. Tapi pada konsepnya ia lebih daripada itu. Menurut Jeremy, Nokia Kinetic boleh dikatakan handphone ajaib di mana ia menggunakan pergerakan kinetik untuk membuat panggilan, sms dan email.

Elektromagnet di bawah handphone membolehkan beratnya dialihkan dan boleh membuatkan ia berdiri. Jika tidak mahu menerima panggilan atau menutup alarm, hanya perlu sentuh sikit dan ia akan kembali kepada mod standby. Lebih mudah ia boleh membuat panggilan video dalam keadaan ia berdiri tanpa perlu memegangnya.

Jeremy cuba menghasilkan handphone yang seronok seolah sedang bermain dengan alat permainan. Memang inilah konsep asal Nokia iaitu menghasilkan handpone yang menyeronokkan dan menyenangkan kepada penggunanya. Cuma tak tahu bila ia akan berada di pasaran.

Sumber : http://www.jeremyinneshopkins.com




Hafaz Al-Quran

Posted On 9:53 AM by Abu Bakar 1 comments

Baru beli Kaedah Jibril...formula untuk menghafaz Al-Quran. Niat tu memang dah lama nak menghafaz ayat2 panjang. Ya la kalau solat fardu yang kerap dibaca kalau tak 3 Qul atau Al-kauthar atau Alam nashra. Maklumlah hanya tu ja yang dapat dihafaz sebab ayat pendek. Bila disuruh jadi imam solat terawih macam2 ja alasan. Bukannya apa sebab tak hafaz ayat2 Al-Quran. Malu juga la kalau balik2 baca 3 Qul ja (lebih malu pada Allah).

Bila ada kawan promosi dalam facebook tentang Kaedah Jibril tanpa fikir panjang saya terus beli walaupun duit gaji dalam bank tinggal beberapa ratus ja (biasanya saya fikir berhari2 kalau nak beli barang lebih2 secara online). Tapi kira berbaloi juga la sebab ada tawaran lagi. Di dalam website tu ada 4 produk yang dijual iaitu ebook Kaedah Jibril, Quranology, 145 fakta menarik tentang Al-Quran dan video Kaedah Jibril. Semua produk ni harganya RM90 tapi ditawarkan dengan harga hanya RM45 ja...berbaloi2 tu. Tapi yang lagi best kalau beli semua produk ni dapat tiket percuma ke Seminar Kaedah Hafazan SiCilik khas untuk anak2.

Ok...cerita sikit tentang Kaedah Jibril. Ia didatangkan dalam bentuk ebook dan video. Produk ni tak perlu download secara online sebab ia dalam bentuk cd dan dihantar melalui pos express. Jadi kalau connection lambat takda la bersusah payah nak download berjam2. Alhamdulillah dalam seminggu saya dah terima cd dan dalam keadaan baik pula.

Kaedah Jibril ni diasaskan oleh Ustaz Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz. Tengok pada ijazah beliau memang banyak malah hingga ke Universiti Al-Azhar. Kaedah ini beliau cipta berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan beliau sudah banyak memberikan seminar berkenaan Kaedah Jibril. Dalam ebook dan video diceritakan tentang pengalaman beliau, mengapa perlu kita menghafaz Al-Quran dan kebaikan2 menghafaz Al-Quran dan teknik2 Kaedah Jibril.

Tak boleh la saya nak cerita panjang2 teknik2 Kaedah Jibril. Nanti tak ada thrill pula. Lagi pun tak berkat kalau saya bagitau panajng lebar tanpa pengetahuan guru. Kalau memang ada niat nak menghafaz ayat Al-Quran, beli la di sini. Jangan lupa...ada tawaran menarik. Tapi sepintas lalu saya bagi sikit tentang teknik Kaedah Jibril di bawah ni :

Saya dah baca ebook dan tengok video. Tapi memang benar la, syaitan itu akan sentiasa berusaha menyesatkan hamba2Nya terutamanya mereka yang melakukan kebaikan. Bila baca ebook dan tengok video ni mata ni sentiasa nak layu ja...Astaghfirullahalazim. Mohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk belajar ilmuNya.


29 October 2009

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Posted On 8:48 PM by Abu Bakar 0 comments

Dari hasil penyelidikan dan kajian saintifik yang telah dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids, memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut:-

Kecantikan luaran:

* Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat , telinga benanah, serta resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain

* Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolik

* Digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai lemak-lemak dieter yang lain

* Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus

* Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis

* Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit anda.

* Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.


Kesihatan dalaman:

* Meningkatkan tenaga dan daya tahan mental dan fizikal (atlit sukan USA & Eropah banyak menggunakannya)

* Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak

* Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis

* Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid

* Mengurangkan kesakitan masalah pencernaan dan cystic fibrosis

* Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis

* Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah

* Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi


Meningkatkan daya tahan tubuh:

* Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan tubuh, melindungi tubuh dari kaser payudara, kanser colon dan kanser

* Berfungsi sebagai antioksidan serta mengurangkan radang kronis

* Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang mempercepatkan kadar penuaan dan penyakit degeneratif

* Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan benign prostatic hyperplasia (pembesaran prostate)

* Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing

* Membantu mencegah sakit lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain

Membunuh virus, bakteria dan kulat:

* Membunuh virus yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes

* Membunuh bakteria yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea

* Membunuh kulat yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain

* Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia, dan parasit


Hubungan suami isteri:

* Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik)

* Memperbaiki kandungan asid dalam rahim untuk sperma subur serta bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)

* Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (seperti keputihan).


Rujukan: Buku “ The Healing Miracles of Coconut Oil : Dr.Bruce Fife” dan Internet

Website produk Bio Asli


Pendapatan Tanpa Had Dengan Bio Asli


 

Review Produk Power Di Internet Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha