http://www.emailcashpro.com

05 December 2010

Nokia Concept Phone


Satu lagi idea terbaru daripada pengeluar handphone terbesar dunia, Nokia...Nokia Kinetic. Seorang pereka dari Britain, Jeremy Innes-Hopkins telah mereka satu concept phone yang dinamakan Nokia Kinetic.


Nampak gambar memang lawa. Tapi pada konsepnya ia lebih daripada itu. Menurut Jeremy, Nokia Kinetic boleh dikatakan handphone ajaib di mana ia menggunakan pergerakan kinetik untuk membuat panggilan, sms dan email.

Elektromagnet di bawah handphone membolehkan beratnya dialihkan dan boleh membuatkan ia berdiri. Jika tidak mahu menerima panggilan atau menutup alarm, hanya perlu sentuh sikit dan ia akan kembali kepada mod standby. Lebih mudah ia boleh membuat panggilan video dalam keadaan ia berdiri tanpa perlu memegangnya.

Jeremy cuba menghasilkan handphone yang seronok seolah sedang bermain dengan alat permainan. Memang inilah konsep asal Nokia iaitu menghasilkan handpone yang menyeronokkan dan menyenangkan kepada penggunanya. Cuma tak tahu bila ia akan berada di pasaran.

Sumber : http://www.jeremyinneshopkins.com




Hafaz Al-Quran


Baru beli Kaedah Jibril...formula untuk menghafaz Al-Quran. Niat tu memang dah lama nak menghafaz ayat2 panjang. Ya la kalau solat fardu yang kerap dibaca kalau tak 3 Qul atau Al-kauthar atau Alam nashra. Maklumlah hanya tu ja yang dapat dihafaz sebab ayat pendek. Bila disuruh jadi imam solat terawih macam2 ja alasan. Bukannya apa sebab tak hafaz ayat2 Al-Quran. Malu juga la kalau balik2 baca 3 Qul ja (lebih malu pada Allah).

Bila ada kawan promosi dalam facebook tentang Kaedah Jibril tanpa fikir panjang saya terus beli walaupun duit gaji dalam bank tinggal beberapa ratus ja (biasanya saya fikir berhari2 kalau nak beli barang lebih2 secara online). Tapi kira berbaloi juga la sebab ada tawaran lagi. Di dalam website tu ada 4 produk yang dijual iaitu ebook Kaedah Jibril, Quranology, 145 fakta menarik tentang Al-Quran dan video Kaedah Jibril. Semua produk ni harganya RM90 tapi ditawarkan dengan harga hanya RM45 ja...berbaloi2 tu. Tapi yang lagi best kalau beli semua produk ni dapat tiket percuma ke Seminar Kaedah Hafazan SiCilik khas untuk anak2.

Ok...cerita sikit tentang Kaedah Jibril. Ia didatangkan dalam bentuk ebook dan video. Produk ni tak perlu download secara online sebab ia dalam bentuk cd dan dihantar melalui pos express. Jadi kalau connection lambat takda la bersusah payah nak download berjam2. Alhamdulillah dalam seminggu saya dah terima cd dan dalam keadaan baik pula.

Kaedah Jibril ni diasaskan oleh Ustaz Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz. Tengok pada ijazah beliau memang banyak malah hingga ke Universiti Al-Azhar. Kaedah ini beliau cipta berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan beliau sudah banyak memberikan seminar berkenaan Kaedah Jibril. Dalam ebook dan video diceritakan tentang pengalaman beliau, mengapa perlu kita menghafaz Al-Quran dan kebaikan2 menghafaz Al-Quran dan teknik2 Kaedah Jibril.

Tak boleh la saya nak cerita panjang2 teknik2 Kaedah Jibril. Nanti tak ada thrill pula. Lagi pun tak berkat kalau saya bagitau panajng lebar tanpa pengetahuan guru. Kalau memang ada niat nak menghafaz ayat Al-Quran, beli la di sini. Jangan lupa...ada tawaran menarik. Tapi sepintas lalu saya bagi sikit tentang teknik Kaedah Jibril di bawah ni :

Saya dah baca ebook dan tengok video. Tapi memang benar la, syaitan itu akan sentiasa berusaha menyesatkan hamba2Nya terutamanya mereka yang melakukan kebaikan. Bila baca ebook dan tengok video ni mata ni sentiasa nak layu ja...Astaghfirullahalazim. Mohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk belajar ilmuNya.


 

Review Produk Power Di Internet Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha